Monday 9 September 2013

Drama

Assalamualaikum ,

10 September 2013 , mesti korang semua pelik Nisa boleh update blog time sekolah xD
Sekarang time ICTL , kerja dah siap so cikgu bagi buat apa sahaja . Disebabkan kebosanan yang melanda Nisa pun ada ilham nak update .

Hmmm , 'DRAMA' ?
Serious talk , Nisa penat menjadi seorang pelakon yang dicipta sendiri . Ini semua kerana Nisa taknak mengeruhkan keadaan yang sedia keruh . Nisa penat menjadi seorang yang bukan diri Nisa and Nisa taktahu watak siapa yang Nisa mainkan . Panjang betul mukadimah ~

Nisa penat berlakon yang Nisa seorang yang tidak kisah terhadap perangai kawan sendiri but yes i do care about my friend . Bukan senang nak dapat kawan yang sehati sejiwa dengan kita . Makin lama perangai and cara dia makin berubah . Dia buat Nisa menyampah , benci , meluat dan banyak lagilah perasaan buruk . Kalau tegur nanti melenting macam orang gila . Nisa dah ditemui jalan buntu . Taktahu nak buat apa . Nisa pun dah jarang bercakap dengan dia . Sebab Nisa dah tak boleh nak percayakan dia . Kata amanah tapi rahsia dijaja ke merata tempat .

Start tahun ni , dibanyak buat perkara yang membuatkan orang lain sakit hati . Rasa dah tak sanggup nak berkawan dengan dia . Dia jadi berlagak , menunjuk , kuat emo , kuat tengking , tak fikir perasaan orang lain , tak boleh berdikari banyak lagi tak terkira banyaknya . Nisa berharap dia berubah tapi nampak macam susah aje . InsyaAllah Nisa akan lakukan terbaik untuk dia berubah .
Wish of luck ;*

Sampai disini sahaja celotoh Nisa , Assalamualaikum !

Tuesday 13 August 2013

Update !

Assalamualaikum .

Afuhhhhhhh ! Huhh~ berhabuk gila blog Nisa ni . Al-maklumlah dah dekat 5 bulan tak di update kan . Rasa rindu yang membuak buak terhadap blog ni *koya gila ayat* . Btw , hari ini merupakan hari raya yang ke 6 . Tak terlambat lagi kot untuk Nisa mengucapkan



Tahun ni Nisa sambut Hari Raya secara bersederhana aje sebab tak ada semangat nak beraya . Nisa rasa sedih raya tahun ni sebab Nisa jadi Cinderella tapi Cinderella Nisa lain sikit ending dia . Eheheeee~

 

Kesian dekat Nisa kena basuh pinggan , sediakan makanan , sapu rumah , lap perabot macam macam lagi . Tapikan Nisa dapat upah . Mama kata Nisa rajin sangat tahun so dia bagi RM30 sebab tolong buat semua kerja rumah . Huhhhhhh~ suka gila Nisa . Btw , Nisa nak terima kasih sangat dekat mama sebab banyak menghabiskan duit untuk Nisa tahun ni . Mama beli itu and ini . Nisa sayang mama Nisa !

Alhamdulillah , Nisa dapat banyak duit raya . Banyak dari tahun lepas lepas tapi tak boleh bagitahulah berapa . Secret tau tak . Korang pun mesti dapat banyak duit raya . Nak nak lagi yang suka berjalan beraya rumah orang . Nisa ni malas sikit nak berjalan ke hulur ke hilir ke rumah orang kecuali kalau mama Nisa ada barulah Nisa keluar beraya .

 Hujan Meteor 

Mesti korang pernah dengarkan tapi tengok mesti tak ramai yang pernah mengalaminya .


Hahh ! Yang tetiba ada line tulah meteor . Indahnya cipta Allah . Semalam ramai yang kata ada hujan meteor yang akan berlaku pada pukul 11 malam hingga subuh . Tapi Nisa tunggu kejap je sebab tak tahan banyak sangat nyamuknya so Nisa masuk dalam and tengok tv lagi bagus . Sesiapa yang dapat tengok meteor tu memang beruntunglah . Tahniah ! Nisa harap datang tengok meteor suatu hari nanti . Ehehheheheh~

Let's GO to Gambang Resort ! 

Nisa rasa ramai yang dapat baucer ke Gambang Waterpark kan ? So sebelum cuti raya , Nisa dengan kawan kawan Nisa ada plan nak pergi Gambang tapi tiba tiba .. *jeng jeng jeng* tak jadi sebab ramai yang tak dapat pergi . Yang boleh pergi sepatutnya 4 orang tapi ada seorang ni takut nak naik rapid pergi Gambang so takkan 3 orang je perginya . So conclusion nya , CANCEL lah plan kami ke Gambang tapi disebabkan kecewa tak pergi Gambang Nisa ajak keluar bandar . So apa lagi kita orang keluar bandarlah ! Antara 3 atau 4 orang yang akan pergi . Tapi kami tetap akan pergi . Ini MUKTAMAD ! hahahahaha *over pulak* .

Sampai di sini sahajalah celoteh Nisa ya . Selepas sekian lama tidak update blog ni . 
Assalamualaikum !

Tuesday 12 February 2013

FAMOUS/FANTASTIC PLACES TO VISIT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera !!! Dah lama Nisa tak update blog ni . Tapi blog ni tak berhabuk pun sebab mama Nisa selalu bersihkan blog ni *nampak-sangat-menipunya* . Daripada Nisa duduk tak buat apa apa . Asyik makan , tidur pergi toilet itu aje kerjanya baik Nisa update blog ni . Okay daripada Nisa type merapu baik Nisa straight to the point aje . Semua dah baca title dekat atas tu ??? Kalau tak baca lagi .. tengok bawah ni =) 



Hampir kesemua remaja perempuan yang umur berhampiran dengan Nisa menyimpan hasrat untuk ke Paris .   Am I right ? Maybe yes or no . Nobody know . =) 
Jadi Nisa nak tunjukkan beberapa tempat yang menarik di Paris selain "Eiffel Tower" .


PARIS



Louvre 

Louvre , asalnya sebuah istana diraja tetapi kini muzium di dunia yang paling terkenal , adalah kemestian untuk melawat kepada sesiapa yang mempunyai minat dalam seni . Beberapa karya muzium yang paling terkenal ialah Mona Lisa dan Venus Milo .


Venus of Milo, Louvre Museum, Paris Mona Lisa, Louvre Museum
                                             Venus Milo                       Mona Lisa 
  



Notre Dame west facade

Notre Dame

Tapak Notre dame adalah buaian Paris dan sentiasa menjadi pusat agama bandar. Orang Celt mempunyai alasan suci mereka di sini, orang-orang Rom membina sebuah kuil untuk menyembah Musytari. Sebuah gereja Kristian telah dibina pada abad ke-6 dan struktur terakhir agama sebelum pembinaan Notre-Dame bermula adalah sebuah gereja romantik.

LONDON


Big Ben, London

Big Ben 

Jam di dalam menara adalah terbesar di dunia apabila ia telah dipasang di tengah-tengah abad ke-19. Nama Big Ben sebenarnya merujuk kepada loceng jam jam, yang terbesar loceng lima jam. Empat yang lain akan digunakan sebagai loceng suku.

Terdapat dua loceng dilemparkan sebagai jam loceng menara jam itu. A pertama, 16 tan loceng seberat telah dibuang oleh John Warner dan Anak-anak pada tahun 1856. Sejak Menara Jam belum selesai, loceng digantung sementara dalam Yard Istana. Loceng tidak lama lagi retak supaya ia merombak pada tahun 1858 di Whitechapel Bell Foundry sebagai loceng sebanyak 13.5 tan. Malangnya sahaja selepas loceng ini telah diletakkan di menara loceng di Jul 1859, ia retak serta. Kali ini, bukan lagi recasting loceng, retak telah dibaiki dan tukul ringan telah digunakan untuk mencegah apa-apa lebih retak.

Big Ben Clock face

Muka jam 


Big Ben, London

Lihat dari
Parliament Square

Loceng jam itu mungkin dinamakan selepas Benjamin Hall, Pesuruhjaya Pertama Kerja Raya. Sesetengah sumber bagaimanapun mendakwa loceng telah dinamakan selepas Benjamin Caunt, British juara tinju heavyweight.

Tower Bridge, London

Tower Bridge 

Rancangan untuk Tower Bridge telah dirancang di sekitar tahun 1876 apabila timur London menjadi sangat sesak dan jambatan merentasi Sungai Thames di kawasan itu bandar seolah-olah satu keperluan. Ia akan mengambil masa lapan tahun lagi - dan banyak perbincangan tentang reka bentuk - sebelum pembinaan jambatan itu bermula.

Jambatan, direka oleh arkitek bandar Horace Jones dalam kerjasama dengan John Wolfe Barry, akhirnya akan siap pada tahun 1894. Lima kontraktor dan hampir 450 pekerja yang terlibat dalam pembinaan jambatan panjang 265 meter. Ia mengambil 11,000 tan keluli untuk membina rangka kerja. Pada masa itu ramai orang tidak suka reka bentuk Victorian Gothic, tetapi dari masa ke masa jambatan menjadi salah satu simbol yang paling terkenal di London.

Okay sampai di sini sahaja . Nanti Nisa sambung lagi tentang tempat tempat menarik ni . Tunggu tau =)










Saturday 12 January 2013

Family & I

Assalamualaikum dan Hi ! Dah hampir seminggu kita semua bersekolah . Alhamdullilah , PBS Math baru sahaja bermula dan setakat ni senang sebab baru band 1 . Kalau band 6 la , huhh~ boleh tercabut nyawa Nisa kejap . Cikgu kata KPM akan hantar Ujian Pusat bila-bila masa jadi Nisa tak boleh ponteng sekolah walaupun sakit sebab ujian tu boleh buat sekali sahaja  !!! -cuak sudah- Jadi Nisa akan buat yang terbaik untuk mengharumkan nama negara , bangsa , agama , keluarga dan nama Nisa sendiri !!! -semangat patriotik    -

Okay , stop cerita tentang sekolah . Nisa nak cerita tentang percutian Nisa di Santubong dan Sarawak negeri kelahiran Nisa . Secara jujurnya inilah 1st time Nisa rasa seronok balik Sarawak . Sebelum ni , Nisa rasa bosan sangat !!! Tak rugi rasa balik Sarawak kali ni . Waktu nak balik ke Kuantan semula tu rasa sedih sangat nak tinggalkan Bumi Kenyalang !!!

Nisa rasa seronok sangat bila balik Kampung Sungai Laru . Dekat sana Nisa main dengan sepupu . Dia orang semua sporting habis !!! Nisa main badminton sampai terkoyak tapak kaki tapi nasib baik tak berdarah . Eeheheh . Malam last dekat Sungai Laru Nisa hangout dengan kakak and dia punya boyfriend (Abang Jambu) . Best , sebab Abang Jambu sporting sangat and banyak cakap macam Nisa . Tapi malam tu Nisa tak banyak cakap sebab tak tahu nak cakap apa . So , senyap jela . Mula-mula cadang nak main bowling tapi tak jadi sebab dah tutup . So , kita orang lepak dekat Spring Mall jela .

Waktu pergi Santubong , kesian sangat dekat family and Nisa sebab kena check in dekat Damai Puri pukul 3 . Lepas pukul 3 tu kita orang kena tunggu dia orang kemas bilik pulakk !! Geram sangat . Sementara tunggu pukul 3 , kita orang semua berkelah dekat padang golf . Syok sangat !!!
Bila dah masuk bilik , Nisa duduk satu bilik dengan sepupu tapi tilam tak cukup . Jadi kita orang angkat tilam dari katil . Abang Nisa , Nisa and seorang sepupu Tidur atas katil bukan tilam tauu !! Ya Allah , Tuhan je tahu betapa sakitnya belakang Nisa ni . Dah la sakit kaki sebab lama sangat mandi kolam . Nasib badan ~
Hah ! Sebut pasal kolam , baru Nisa ingat waktu petang nak mandi kolam . Nisa dah masuk kolam dah tapi kena halau sebab pakai t-shirt and seluar trek . Dengan muka tebal Nisa keluar dari kolam . Disebabkan Nisa tak dibenarkan masuk dalam kolam Nisa main bola dekat tepi kolam dengan sepupu yang adadekat dalam kolam . Dalam 10 minit . pengawal datang and dia bagi Nisa mandi kolam tapi petang tu je . Tapi tak apa la asalkan Nisa boleh mandi kolam !!!

Malam kita orang dinner dekat kedai seafood tapi Nisa lupa nama dia . Ehehhe . Kita orang sambut birthday  atuk yang ke-70 !!! Happy Birthday Nicholas Punjab !!! Kita orang makan sakan sangat . Buncit perut Nisa malam tu . Eheheh . Ahah ! Kek atuk sedap sangat . Kalau bagi Nisa sebiji kek macam tu memng licin !!!

Saat manis bersama FAMILY !!!








Itulah kisah percutian Nisa di Sarawak . Assalamualaikum .